w

w

Sunday, February 16, 2014

program menghayati kesenian Islam Anjuran diploma pengajian Islam pembangunan Sumber Manusia

Asslamualaikum...

segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam semesta ini. Alhamdulillah diberi lagi peluang oleh Allah untuk hidup dimuka bumiNYA ini dengan keadaan yang sihat dan sejahtera. Alhamdulillah, semalam berakhirnya program menghayati kesenian Islam yang anjuran kelab DPSM sebagai salah satu program dibawah mata pelajaran sosiologi Islam.

dengan adanya semangat dan dorongan daripada rakan-rakan seperjuangan, saya dan rakan-rakan lain selaku exco tertinggi dalam program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana memberikan komitmen yang sebaiknya dalam menjayakan program ini. banyak diantara input-input yang boleh didapati dalam program ini. antara salah satunya ialah mempertingkatkan kesenian tulisan khat yang hampir pupus pada abat ini.  justeru, progra-program sebeginilah yang boleh membawa kembali kepada zaman kebanggan tulisan khat yang hampir pupus ditelan zaman, kerana generasi kini sudah tidak minat lagi kepada kesenian-kesenian Islam ini, mereka lebih mengagungkan karya-karya barat. jadi program inilah dapat membantu kita sedikit sebanyak untuk mengetahui dan menuli tulisan khat. sekian

gambar ketika program berlangsung:











 

Thursday, February 6, 2014

lumrah menuntut ilmu, semakin hari, semakin mencabar

Assalamualaikum...

pertamanya, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah s.w.t yang hanya penjaman sementara  kepada kita sebagai hamba Allah s.w.t

peperiksaan semester 4 akan tiba tidak lama lagi, pejam celik dah nak habis belajar dah, macam x percaya je cepatnya masa berlalu. di smaping itu, dengan semester yang makin meningkat ini, matapelajaran makin susah dan mencabar. bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu, bersenag-senang kemudian. ini sudah menjadi lumrah kepada pelajar-pelajar ipt, sekejap kita berada diatas dan sekejap kita berada di bawah. bukan sepanjang masa kita berada di atas dan dibawah, ikot kepada usaha yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan duniawi dn ukhrawi. saya disini bukanlah sebagai pakar motivasi, tetapi sekadar renungan bersama, kerana kita tidak kekal di bumi Allah selamanya, lambat laun kita akan menghadap Tuhan yang Ehsa jua, cuma masa dan waktu yang tidak diketahui. mungkin sekejap lagi, besok ataupun lusa.

berbalik kepada pelajaran, memang tidak dinafikan subjek human resource untuk semester 4 ini tidak begitu senang dan  tidak begitu susah, bergantung kepada individu yang mengendalikan untuk dirinya sendiri. tetapi bagi saya subjek untuk semester ini akan menjadi lebih mudah jika kita rajin mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk assignment dan lain- lain lagi. pangkal kata, usaha tangga kejayaan dan kejayaan tidak datang bergolek dengan sendirinya tanpa ada usaha. insyaAllah dengan izin daripada Allah segala benda akan dipermudahkan olehNYA. sampai disini sahaja tinta ku, sehingga berjumpa lagi dimasa akan datang jikalau panjang umur dan murah rezeki. sekian.

Wednesday, January 1, 2014

Ending of year 2013, i have a new laptop!! jyeeah...

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.....

hurm...lame jugak x update blog nie?..haha maklumlah malas nak langgan internet, then bz la coz bru naik semester 4.. cite pasal result, Alhamdulillah smuanya oke..walaupun pointer jatuh skit je!!...redha dengan ketentuan Allah kerana dia maha mengetahui.. and semalam i get a new laptop.. HAHAHAHA (gelak jahat)...dah lame mengidamkan nak pakai sony viao, akhirnya tercapai jugak hajat beli laptop ni semalam..harga tu x payah bagi tao la kan..basiclly sony pnye laptop harga semua 1500 keatas..so malas nak cite bape harga laptop aq ni..pape pon aq akan jaga laptop ni baik2..maklumlah beli hasil duit keje aq time smester break..hehehe...oke that's all...tq